Anwar Ibrahim berkata parti dalam gabungan kerajaan perpaduan juga terbuka dengan penguasaan mana-mana parti di negeri tertentu.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata tidak timbul isu dominasi kerusi oleh DAP dan PKR di Pulau Pinang dan Selangor dalam rundingan bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.
Katanya, parti dalam gabungan kerajaan perpaduan terbuka menerima sekiranya Umno dan Pakatan Harapan (PH) menguasai majoriti kerusi ditandingi di negeri tertentu.
Tambahnya, kepimpinan pusat juga akan menyerahkan kepada kepimpinan negeri untuk memilih calon yang akan bertanding pada PRN nanti.
“Macam beberapa negeri dipimpin Umno kita terima (pembahagian kerusi dan calon), negeri lain yang dipimpin PH juga terima. Saya ingat itu bukan isu dipertikai. Pembahagian juga akan diputuskan dalam…