Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Tak Tutup Ruangan Komen, Oktovia Manrose Terus Dikecam

today7 March 2019

Background

Selepas beberapa hari hangat tentang kontroversi curang yang melanda pelakon Aliff Aziz dengan Oktovia Manrose, akhirnya kedua-dua mereka telahpun mengaku kesilapan masing-masing dan tampil memohon maaf kepada semua, terutamanya kepada isteri aktor itu Bella Astillah.
Hal ini kerana kejadian tersebut merupakan skandal kedua yang telah dilalui oleh Aliff dalam tempoh 1 tahun sahaja.
Image result for oktovia manrose
Pada ketika itu, Oktovia dilihat masib aktif menerusi laman Instagram, cuma menutup ruangan komen kerana pastinya akan mengundang pelbagai komen daripada netizen yang kurang senang dengan isu skandal terbabit.
Namun, menerusi posting terbaharu oleh aktress berkenaan yang dilihat untuk mempromosi drama siri terbarunya, dia dilihat sudah tidak menutup ruangan komen.
https://www.instagram.com/p/BunCDwUAbb4/
Ternyata peluang itu terus digunakan oleh para netizen untuk mengecam dirinya, seolah-oleh skandal itu masih lagi hangat sehingga kini.
Namun begitu, ada juga netizen yang meluahkan rasa pelik kenapa orang ramai perlu mengecam lagi, sedangkan perkara itu sudah pun selesai antara mereka bertiga.
Kepada netizen yang beranggapan postif, kekalkan lah pemikiran tersebut kerana kita manusia memang tidak boleh lari daripada membuat kesilapan.
Memang ada yang berkata “tak kena dekat batang hidung sendiri, boleh la cakap”.
Ya betul, tapi cuba muhasabah diri kita sendiri, kita juga pernah buat silap kan? Jadi, perkara yang hanya kita boleh lakukan sekarang hanyalah berdoa perkara yang baik buat Aliff dan Bella semoga mereka berdua kembali bahagia.
Sebagai netizen yang prihatin, semoga kisah mereka dapat dijadikan tauladan dan pengajaran agar sentiasa berwaspada dengan percakapan serta pergerakan harian.
 

Written by: Azra Azuar


Previous post