Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tak wajar jadikan PRK Sg Bakap referendum terhadap kerajaan, kata Fadhlina

today27 June 2024

Background


Fadhlina Sidek b
Fadhlina Sidek berkata, tindakan pembangkang meminta pengundi menjadikan PRK Sungai Bakap sebagai referendum terhadap kerajaan akan mencemarkan proses demokrasi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan tindakan pembangkang meminta pengundi menjadikan PRK Sungai Bakap referendum terhadap kerajaan, khasnya bagi menyuarakan rasa tidak puas hati atas kenaikan kos sara hidup sebagai tidak wajar.

Ini kerana, katanya, tindakan itu akan mencemarkan proses demokrasi kerana pemilihan wakil rakyat sangat penting dalam membawa suara masyarakat.

“Pada pandangan saya, dakyah dan naratif sebegitu sangat dangkal…Tidak begitu wajar protes itu dilaksanakan kerana kita kena tahu undi dan proses demokrasi ini berlangsung dalam kotak undi.

“Kita perlu memberi sokongan penuh dalam melantik wakil rakyat yang benar-benar boleh bekerja untuk rakyat dan menyampaikan suara mereka,” katanya menurut Berita Harian.

Fadhlina yang juga ketua Wanita PKR mengulas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post