
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno mempersoalkan kewajaran penyebaran video ‘separuh masak’ di media sosial oleh individu mendakwa dirinya pemberi maklumat membabitkan perbincangan dengan Adun Sabah mengenai rasuah untuk lesen projek.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata penyebaran video itu mungkin menyebabkan segelintir orang terpengaruh dan wakil rakyat didedahkan wajahnya telah dihukum terlalu awal.
“Apakah ia adil?,” katanya di Facebook sambil meminta penjelasan sama ada wajar untuk SPRM membenarkan perkara itu berlaku.
Beliau yang juga Adun Rengit turut mempersoalkan tindakan pemberi maklumat terbabit mahu memohon jaminan supaya dirinya tidak didakwa.
“Apakah motif rakaman itu disebar untuk mengugut SPRM? Kita memang menuntut perasuah ditangkap.
“Tetapi jangan separuh masak dan persepsi mendahului ketulenan. Kewibawaan SPRM akan tercemar,” katanya.
Minggu…