Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Takiyuddin hantar surat maklum Hamzah kembali ketua pembangkang

today18 June 2026

Background


Takiyuddin Hassan
Ketua whip Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan berkata keputusan lantik Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang baharu susulan perletakan jawatan Ahmad Samsuri Mokhtar awal bulan ini.
PETALING JAYA:

Ketua whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, bagi memaklumkan bahawa 61 Ahli Parlimen pembangkang bersetuju melantik Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang yang baharu.

Dalam surat yang dilihat FMT, Takiyuddin berkata keputusan itu dibuat susulan peletakan jawatan Ahli Parlimen Kemaman, Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai ketua pembangkang.

Kata Takiyuddin, Johari telah dimaklumkan mengenai perkara itu pada 10 Jun lalu.

“Saya ingin memaklumkan seramai 61 Ahli Parlimen pembangkang bersetuju agar Hamzah dilantik sebagai ketua pembangkang yang baharu berkuat kuasa hari ini.

“Semoga mendapat perhatian serta kerjasama baik pihak tuan dan kami mengucapkan setingi-tinggi penghargaan,” kata Ahli Parlimen Kota Bharu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post