Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Taktik guna dron seludup dadah ke Penjara Tapah gagal

today10 August 2024

Background


Dron putih yang digunakan penyeludup dadah ditemui atas bumbung sebuah blok Penjara Tapah semalam. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Polis menerima kes pertama cubaan menyeludup dadah menggunakan dron ke penjara semalam.

Ketua Polis Perak, Azizi Mat Aris, berkata IPD Tapah menerima laporan kira-kira 5 petang Jumaat daripada seorang petugas Penjara Tapah susulan penemuan sebuah dron putih atas bumbung blok penjara.

Menurutnya, dron itu dijumpai ketika petugas terbabit bersama anggota lain membuat rondaan kira-kira 11.30 pagi hari sama.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis menjumpai satu beg dobi digantung pada dron itu yang mengandungi satu peket plastik lut sinar. Di dalamnya mempunyai tiga peket plastik berisi serbuk putih disyaki dadah.

“Dadah jenis heroin berat kira-kira 122g, manakala dua peket plastik lut sinar pula berisi ketulan kristal dipercayai methamphetamine dengan anggaran berat 12.9g.

“Modus operandi digunakan untuk membawa masuk dadah ke dalam penjara menggunakan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post