Site icon Hot FM

Taktik jadikan dadah serupa serbuk koko gagal, 5 ditahan dalam serbuan


Kelima-lima lelaki tempatan berusia antara 17 hingga 31 tahun itu ditahan dalam dua serbuan sekitar Iskandar Puteri, Johor Bahru, pada Isnin lepas. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Taktik menjadikan serbuk ekstasi seakan serbuk koko gagal mengaburi mata pihak berkuasa dengan tertangkapnya lima lelaki tempatan dalam dua serbuan di Johor Isnin lepas.

Kelima-lima lelaki berusia antara 17 hingga 31 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua rumah sewa sekitar Iskandar Puteri antara 4 hingga 4.30 pagi, kata Ketua Polis Johor M Kumar.

Tambahnya, sindiket ini didapati sudah aktif beroperasi sejak Julai tahun lepas.

“Modus operandi sindiket adalah menjadikan rumah sewa sebagai stor penyimpanan serta pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan sama ada kegunaan peribadi atau di pusat hiburan.

“Mereka turut membungkus semula dadah ke dalam paket minuman berperisa,” katanya pada sidang media di IPK Johor hari ini, lapor Bernama.

Dalam serbuan itu, katanya, polis merampas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version