
PETALING JAYA: Taktik licik sindiket penyeludupan menyewa bas persiaran bagi mengangkut 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar gagal selepas ditahan pihak berkuasa.
Pegawai Pemerintah Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9), Mannadzar Nasib, berkata semua PATI berusia 15 hingga 30 tahun ditahan 12.30 tengah malam kelmarin selepas pihaknya mengejar bas terbabit sejauh 30km.
Beliau berkata, pihaknya mengesan sebuah bas persiaran dan kereta jenis BMW yang mengiringi bas berkenaan, disyaki tonto di Pohon Tanjung, di Rantau Panjang, Kelantan.
Katanya, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, bas dan kereta terbabit memecut laju dan cuba melanggar anggotanya.
Mannadzar berkata, kereta BMW berkenaan berhenti sebaik tiba di Jalan Baroh Pial menghala Tanah…