Bagi Zaleha Jalil, 67, berkata, rumah jirannya yang merupakan ibu tunggal turut diganggu ketukan kuat itu sehinggakan wanita yang tinggal bersendirian itu takut dan menggigil lalu menumpang tidur di rumahnya.
“Dah empat malam Rewah (jiran) tinggal di rumah mak cik, kasihan dia sampai menggigil.
“Bila dengar banyak rumah yang diganggu ketukan misteri itu mak cik yang tinggal seorang diri pun rasa takut.
“Harap tiada lagi ketukan misteri itu dan penduduk kampung juga ada buat rondaan pada waktu malam, selepas kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Tok Sidang Kampung Tanjung Kling, Aziz Japar berkata, kira-kira 20 rumah mengalami kejadian misteri itu sejak Rabu hingga malam Ahad.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku selepas waktu Maghrib, jam 10 malam hingga 3 pagi.
“Walaupun ketukan misteri itu terus berlaku tetapi sehingga kini tiada sebarang kehilangan barang dilaporkan.
“Antara kampung yang terbabit termasuk Balik Bukit, Tanjung Kling, Lereh serta Simpang Tanjung,”…