
PETALING JAYA: Kumpulan majikan berpendapat, TalentCorp hanya berfungsi membantu mengenal pasti bakat tempatan di luar negara dan menarik minat mereka untuk kembali bekerja di negara ini, sebaliknya segala keputusan terakhir tertakluk di tangan kerajaan.
Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI), Christina Tee mengibaratkan keadaan seseorang meninggalkan rumah kerana bumbung bocor, tetapi TalentCorp tidak mampu membaiki kebocoran itu, sebaliknya cuma dibenar memberikan baju hujan.
“Saringan dilakukan TalentCorp terhadap bakat tempatan di luar negara, namun Kementerian Dalam Negeri adalah agensi utama dalam memutuskan sama ada ingin memberikan visa semula kepada mereka yang telah pun melepaskan kerakyatan Malaysia sebelum itu.
“Contohnya, seorang wanita rakyat Malaysia yang berpendidikan tinggi…