
PUTRAJAYA: Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 menerima lebih 59,860 panggilan bagi tempoh 2022 hingga semalam, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 336 kes tingkah laku cubaan untuk membunuh diri.
“Daripada 336 panggilan tingkah laku bunuh diri itu, 138 merancang bunuh diri dan 198 idea untuk membunuh diri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat kebangsaan di Kementerian Kesihatan (KKM).

Dzulkefly berkata, jumlah kes cubaan bunuh diri itu memerlukan bantuan segera supaya dapat dikenal pasti dan mengelakkan mereka melakukannya.
Talian HEAL 15555 iaitu talian bantuan krisis pertama dikendalikan sepenuhnya pegawai psikologi (kaunseling) mula beroperasi pada 21 Okt 2022 bagi membantu…