Waktu operasi Monkeys Splash Zone adalah 10am hingga 8pm setiap Selasa sampai Jumaat dan 10am hingga 10pm pada hari Sabtu dan Ahad,
Harga pula RM65 bagi dewasa dan RM45 bagi kanak-kanak. Apa yang membuatkan taman tema air ini menarik, ia terdapat pelbagai gelongsor yang ibu bapa boleh naik bersama anak-anak.
Kawasannya juga luas dan selesa. Anda tidak perlu risau jika cuaca hujan kerana taman tema air ini seratus peratus berbumbung.
