Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Tamat Kontrak Sebagai CEO Finas, Anzalna Nasir Bangga Dengan Komitmen Bapa – “Mungkin Rezeki Tak Menyebelahi…”

today2 June 2023

Background

Pelakon, Anzalna Nasir menitipkan ucapan istimewa kepada bapa tercintanya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, 62, yang telah ditamatkan kontrak secara mengejut sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menerusi hantaran di Instagram, Anzalna berkongsi video momen bapanya bersama keluarga serta kapsyen menyentuh hati.

Berdasarkan perkongsian tersebut, Anzalza meluahkan rasa bangga serta mendedahkan keperibadian bapanya yang sangat tekad dalam kerjaya tanpa mengira waktu.

“Bangga sebagai anak. Abah amat prihatin soal pembangunan industri filem tempatan. Kerja tidak pernah mengira waktu. Ramai yang memuji abah tapi mungkin rezeki tidak menyebelahi abah ketika ini.

“Tetapi setiap kepayahan atau kesusahan, Allah akan balas dengan kemanisan jua akhirnya, apatah lagi bila abah ikhlas dalam kerjaya. Saya sentiasa ada di sini untuk ayah, I love you, you are the best!,” akhirnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati atas nasib yang menimpa bapa Anzalna itu.

Adik Anzalna, iaitu pelakon Afifah Nasir meluahkan rasa duka yang berkata bapanya dilayan dengan sangat tidak adil.

“So beautiful. They treat you so unfairly but know that you have a lot of other people supporting you from afar. You do you, the amazing you. Allah is fair and knows what’s best for you,” katanya.

Written by: Aqilah


Previous post