Site icon Hot FM

Tamat PRN, Bersih gesa kerajaan-pembangkang berdamai


PRN di enam negeri menyaksikan PH-BN dan PN masing-masing mengekalkan pentadbiran dikuasainya sebelum ini.

PETALING JAYA: Badan pemantau pilihan raya menggesa kerajaan dan pembangkang kembali berunding untuk menjalin perjanjian damai memanfaatkan rakyat selepas PRN enam negeri Sabtu lalu.

Menurut Bersih, ini kerana rakyat kecewa dengan ‘politiking’ pasca PRU15 tidak berkesudahan yang mengalihkan tumpuan kerajaan menjalankan tugas mereka.

“Pada pandangan kami, (ia) telah mengecewakan sebahagian besar rakyat Malaysia yang hanya mahu meneruskan hidup seharian.

“Isu 3R (Raja, Agama dan Bangsa) yang sering diputarkan telah menegangkan hubungan antara kaum, mengancam keharmonian dan kedamaian kita nikmati sebagai sebuah negara,” katanya dalam kenyataan.

PRN menyaksikan Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan kekal ditadbir Pakatan Harapan-Barisan Nasional manakala Perikatan Nasional mempertahankan Kedah, Terengganu, serta Kelantan.

Selaras rundingan damai itu, Bersih turut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version