
GOMBAK: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menggesa pengundi Gombak untuk menamatkan karier bekas penyandang kerusi Parlimen itu, Azmin Ali, antara watak utama disebalik kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020.
“Azmin Ali, kamu apa khabar? Di sini (di Gombak) kami akan tamatkan karier politik bapa kepada semua pengkhianat.
“Kamu mesti menamatkan karier pengkhianat besar ini,” katanya dalam ceramah PH malam ini yang dihadiri kira-kira 3,000 orang.
Walaupun PH berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2018, Fahmi mengingatkan semua bahawa gabungan pembangkang itu masih banyak kerja perlu dilakukan sekiranya memenangi pilihan raya kali ini.
“Tetapi kita di sini lagi dan kita akan menumbangkan BN. Kita juga akan menumbangkan Perikatan Nasional, dan…