
PETALING JAYA: Sebuah kumpulan masyarakat sivil menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah bilangan kerusi bandar di Sarawak semasa persempadanan semula yang akan datang untuk mengatasi “malapportionment” (salah pembahagian).
Geoffrey Tang dari Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat di Sarawak berkata penambahan kerusi di kawasan bandar dan pesat seperti Kuching, Miri dan Sibu, adalah satu cara untuk menangani masalah kawasan pilihan raya yang besar.
“Malapportionment” merujuk kepada perbezaan dalam saiz pengundi kawasan pilihan raya yang menimbulkan perbezaan ketara dalam nisbah pengundi kepada wakil rakyat.
“Sarawak melihat banyak penghijrahan luar bandar ke bandar kerana ramai yang berpindah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan. Oleh itu, jika “malapportion” kasar tidak diperbetulkan di kawasan bandar, nilai undi di sana adalah jauh lebih rendah daripada di kawasan luar bandar.
“SPR…
