
PETALING JAYA: Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) memutuskan Jabatan Peguam Negara mengadakan perbincangan bersama Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dan Sarawak bagi meneliti semula tuntutan pertambahan ahli Dewan Rakyat di Malaysia Timur.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan komited memastikan perkara termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan mengikut Perlembagaan dan kerangka undang-undang sedia ada.
“Tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen mewakili negeri Sabah dan Sarawak juga merupakan sebahagian daripada agenda yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat MTPMA63 pada Sept lalu,” katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat.
Terdahulu, Premier Abang Johari Openg menyeru dikembalikan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sarawak dan Sabah bagi menjamin ‘perlindungan’ ke atas Perjanjian…