Hot FM

Tambang bas sekolah dijangka naik pada Januari



Tambang bas sekolah boleh mencapai RM1,000 kerana segelintir ibu bapa mahukan kenderaan yang sangat selesa serta boleh dikesan dengan GPS. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tambang bas sekolah mungkin akan naik pada Januari disebabkan kos overhed yang meningkat, kata badan persatuan bas sekolah.

Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia Amali Munif Rahmat memetik harga alat ganti yang lebih tinggi, kenaikan gaji pemandu, dan persaingan daripada pengusaha tidak berlesen.

Setiausaha Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) Tunku Munawirah Putra memberikan maklum balas dengan berkata, kerajaan perlu menyediakan subsidi tambang bas dalam bentuk baucar bagi meringankan beban keluarga B40 yang mempunyai anak bersekolah.

Menurut Amali, pengusaha bas sekolah terjejas apabila sekolah ditutup untuk tempoh yang lama ekoran wabak Covid-19, menyebabkan ramai antara mereka gulung tikar dan pemandu dibuang kerja.

Katanya, sukar mencari pemandu tanpa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version