

Jaringan yang lemah, bukannya kos, yang menyebabkan pengguna terus memandu, menjadikan tawaran pengangkutan awam percuma tidak praktikal dalam usaha menggalakkan orang ramai meninggalkan kenderaan di rumah, kata pakar pengangkutan.
Ajit Johl daripada Persatuan Penambahbaikan Transit Massa dan perunding pengangkutan Wan Agyl Wan Hassan bersetuju bahawa masalah lebih besar di Malaysia bukanlah tambang, sebaliknya tahap keterhubungan serta ketersambungan batuan akhir yang lemah.
“Sistem sedemikian masih menjadikan penggunaan kenderaan persendirian pilihan lebih menarik bagi kebanyakan pengguna,” kata mereka kepada FMT.
Pengangkutan awam percuma yang bersifat sementara dengan sendirinya mungkin tidak akan meyakinkan sebilangan besar rakyat untuk tidak memandu, tambah mereka.
Ajit dan Wan Agyl berkata demikian mengulas cadangan agar Malaysia…