
Polis mengesahkan aktivis Tamim Dahri Abdul Razak, yang terkait dengan kes ugutan menerusi Facebook, akhirnya menyerah diri di IPD Port Dickson hari ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata, Tamim, 33, yang didakwa melarikan diri ke luar negara, telah menyerah diri sekitar 12.45 tengah hari tadi.
Beliau berkata, siasatan bermula selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berketurunan India pada 10 Mac lalu yang mendakwa diugut oleh suspek di Facebook.
Susulan laporan itu, katanya, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Usaha mengesan suspek telah dijalankan di sekitar Kajang, Selangor, namun siasatan mendapati lelaki berkenaan dipercayai telah melarikan diri ke Thailand melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam…