
PETALING JAYA: Syarikat bas ekspres yang menampal pelekat membawa mesej antirasuah pada kenderaan mereka layak menikmati pengecualian cukai sepenuhnya mengikut Seksyen 34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Timbalan Pengarah Outreach, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Ab Muneim Ibrahim, berkata pengecualian 100% itu diberikan kepada syarikat pengangkutan berkelayakan dengan syarat yang ditetapkan.
“Pelekat antirasuah yang ditampal pada bas secara tidak langsung dapat menyebarkan maklumat dan kesedaran bukan sahaja kepada orang ramai, tetapi juga dalam kalangan pemandu dan kakitangan syarikat.
“Syarikat juga layak mendapat potongan cukai jika menjalankan aktiviti pendidikan berkaitan integriti dan antirasuah secara…