Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Tampil Sisi Berbeza Peserta, Kekalkan Ajai & Mas Idayu… Famili Duo Kini Kembali

today3 October 2023

Background

Program realiti nyanyian TV3, Famili Duo kembali dengan musim baharu dengan menampilkan lima pasangan selebriti popular tanah air.

Menampilkan penyanyi popular, pencipta kandungan sensasi dan pelawak, Famili Duo kali ini pastinya tampil dengan sisi berbeza para peserta.

Selepas perkenalan musim pertamanya pada 14 Februari 2021, Famili Duo telah mencapai objektifnya iaitu mengangkat nilai kekeluargaan dan mengeratkan hubungan silaturahhim dalam kalangan ahli keluarga menerusi muzik.

Musim baharu Famili Duo dibawakan khas oleh penaja utama, Ogawa, Elegent Cosmetic sebagai penaja bersama dan Centrum sebagai rakan penaja.

Program 8 episod ini juga turut menampilkan pasangan pengacara hebat iaitu,  Janna Nick dan Izzue Islam sebagai hos program manakala Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap.

Lebih menarik, para finalis Famili Duo untuk musim baharu ini berpeluang untuk merebut hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM100,000 di pentas akhir nanti.

Manakala, sistem pemarkahan ditentukan oleh juri tetap iaitu sebanyak 70 peratus (70%) dan undian atas talian daripada penonton sebanyak 30 peratus (30%).

Sekadar info, program ini bakal bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023. Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Written by: Salma


Previous post