Mahkamah Rayuan memutuskan alasan diberikan bagi pemindahan kes itu bahawa kemungkinan berlaku berat sebelah dan campur tangan adalah tanpa merit.

PUTRAJAYA: Perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Mohd Tamrin Abdul Ghafar atas pertuduhan membuat komunikasi jelik terhadap kerabat diraja Johor menerusi catatan di blognya, akan didengar di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Ini selepas Tamrin gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini supaya kesnya dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri P Ravinthran, Ahmad Zaidi Ibrahim dan Azman Abdullah menolak rayuan itu selepas memutuskan alasan diberikan Tamrin bagi pemindahan kes tersebut bahawa kemungkinan berlaku berat sebelah dan campur tangan, adalah tanpa merit.
“Kami bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen bahawa alasan (yang diberikan oleh Tamrin) untuk…
