Site icon Hot FM

Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas Dikurnia Gelaran Profesor Diraja Oleh Agong


Untuk rekod, Syed Muhammad Naquib merupakan penerima kedua gelaran profesor diraja selepas Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.

Menerusi posting Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dimuat naik hari ini, pelantikan Profesor Diraja kepada Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Turut hadir menyaksikan majlis watikah pelantikan itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Syed Muhammad Naquib merupakan pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) dan juga tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari yang amat disegani serta dihormati di dalam dan luar negara.

Beliau merupakan individu yang memperkenalkan gagasan Islamisasi ilmu yang diterapkan dalam pelbagai cabang pengetahuan merangkumi pendidikan agama, sejarah, falsafah, teologi, metafizik, filologi,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version