Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tanah runtuh: Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh diselubung pilu

today17 December 2022

Background



Lew tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan tentang ahli keluarga yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali.

SUNGAI BULOH: Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh diselubung pilu, dengan tangisan dan raungan waris mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali.

Kerana terlalu sedih, seorang lelaki warga emas terpaksa dipimpin ketika menuju ke bilik mayat untuk proses pengecaman mayat.

Seorang lagi waris memberitahu pemberita, anak saudaranya dan cucu saudaranya antara mangsa tragedi itu.

“Seorang lelaki dan seorang perempuan sudah tiada, memang ada rasa tidak sedap hati bila mereka kata mahu pergi perkhemahan sebab kita tahu cuaca tidak elok,” kata Lew, 73.

“Tetapi masa itu kita cuma harap mereka ‘okay’ sahaja,” katanya sebelum temu bual terhenti kerana Lew tidak dapat menahan sebak dan terus menuju ke kereta.

Tanah runtuh berlaku pada awal pagi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Yasmin Abdul Latif


Previous post