Bekas menteri besar Kedah itu berhasrat menawarkan pengalamannya bagi mengukuhkan semula Umno, khususnya Bahagian Alor Setar dalam menghadapi PRN dan PRU16.

ALOR SETAR: Bekas menteri besar Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, keputusannya bertanding jawatan ketua Umno Bahagian Alor Setar pada pemilihan parti 18 Mac ini bukan kerana mahu menjadi calon PRN.
Ahmad Bashah, 73, berkata beliau berhasrat menawarkan pengalamannya bagi membantu dan mengukuhkan semula Umno, khususnya Bahagian Alor Setar dalam menghadapi PRN dan PRU16.
“Saya tidak ada rancangan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN. Saya sudah berusia 73 tahun, tidak ada apa yang saya nak kejar, saya bukan nak jawatan sesiapa atau nak bertanding dalam PRN nanti.
“Cuma ada permintaan, terutama di peringkat cawangan yang minta saya bertanding dalam…