
Barisan Nasional (BN) Johor menolak dakwaan kesediaannya bertanding di semua 56 kerusi pada PRN akan datang sebagai satu ‘pengkhianatan’ terhadap Pakatan Harapan (PH).
Setiausahanya Abdul Halim Suleiman berkata tindakan melabel pendirian itu sebagai pengkhianatan tidak tepat dan boleh mengelirukan rakyat memandangkan.
Menurutnya, ini memandangkan realiti politik Johor berbeza dengan konteks kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.
Halim menegaskan kerajaan negeri ketika ini dibentuk hasil mandat rakyat pada PRN Johor 2022 dan barisan exconya semua dianggotai wakil rakyat BN.
Pada PRN 2022, BN menguasai 40 kerusi manakala PH menang 12 , Perikatan Nasional (3) dan Muda (1).
“Di mana letaknya pengkhianatan apabila BN mahu mempertahankan mandat rakyat, kekuatan sendiri dan rekod pentadbiran yang telah dibuktikan?
“BN Johor tidak mengkhianati sesiapa. Dalam…