Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tanding Sungai Buloh, KJ serah kepada pimpinan Umno

today1 May 2026

Background


KHAIRY JAMALUDDIN-GPRCFMY
Khairy Jamaluddin berkata kehadirannya ke Sungai Buloh baru-baru ini kerana kawasan itu bahagian terakhir ditandinginya sebelum dipecat Umno pada 2023.
KUALA LUMPUR:

Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan kembali bertanding di Sungai Buloh, namun menegaskan sebarang keputusan terpulang kepada pucuk pimpinan parti.

Bekas menteri kesihatan itu berkata, kehadirannya ke Sungai Buloh baru-baru ini kerana kawasan itu yang terakhir ditandinginya sebelum dipecat Umno pada 2023.

“Itu serah kepada pucuk pimpinan…kita tak nak mendahulinya, cuma saya pergi Sungai Buloh sebab itu bahagian terakhir saya…waktu saya kena buang, saya di Sungai Buloh,” katanya pada program Meet & Greet Pemuda Umno bersama ahli baharu di Putra Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Khairy pernah mewakili Parlimen Rembau dari 2008 hingga 2022. Pada PRU15, beliau dipindahkan Umno untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh, namun tewas kepada calon Pakatan Harapan, R Ramanan.

Khairy dipecat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nora Mahpar


Previous post

Sukan

MFL lanjut tarikh serah dokumen pelesenan kelab

Kuala Lumpur: Proses pelesenan kelab bagi kitaran 2025-2026 memasuki fasa kritikal apabila Jawatankuasa First Instance Body (FIB) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan sebahagian kelab sudah melengkapkan dokumentasi, manakala beberapa lagi masih memerlukan masa tambahan.

today1 May 2026