Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tangani Islamofobia tanggungjawab bersama anggota OIC, kata Zahid

today30 August 2023

Background


Zahid Hamidi beramah mesra dengan duta dan wakil negara anggota OIC pada majlis makan malam perpaduan OIC untuk Al-Aqsa di Putrajaya malam tadi. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi berkata menjadi tanggungjawab bersama negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menentang Islamofobia dengan menggalakkan dialog, meningkatkan kesedaran dan menyebarkan mesej positif Islam kepada dunia.

Beliau berkata, menangani Islamofobia memerlukan penglibatan pelbagai peringkat bersama anggota masyarakat antarabangsa, mekanisme yang ada pada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta organisasi antarabangsa lain.

“Ajaran Islam yang sebenar dan cara hidup dipegang dalam al-Quran dan hadis perlu ditunjukkan,” katanya pada majlis makan malam bersama 29 ketua misi dan wakil dari negara anggota OIC di sini, malam tadi.

Zahid berkata, majlis malam itu menunjukkan nilai dan komitmen OIC untuk bersama menjaga serta melindungi kepentingan dunia Islam dalam semangat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post