
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi berkata menjadi tanggungjawab bersama negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menentang Islamofobia dengan menggalakkan dialog, meningkatkan kesedaran dan menyebarkan mesej positif Islam kepada dunia.
Beliau berkata, menangani Islamofobia memerlukan penglibatan pelbagai peringkat bersama anggota masyarakat antarabangsa, mekanisme yang ada pada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta organisasi antarabangsa lain.
“Ajaran Islam yang sebenar dan cara hidup dipegang dalam al-Quran dan hadis perlu ditunjukkan,” katanya pada majlis makan malam bersama 29 ketua misi dan wakil dari negara anggota OIC di sini, malam tadi.
Zahid berkata, majlis malam itu menunjukkan nilai dan komitmen OIC untuk bersama menjaga serta melindungi kepentingan dunia Islam dalam semangat…
