Hot FM

Tanggapan ‘automatik halal’ punca usahawan Muslim kurang mohon sijil Jakim, dakwa DPMM


Halal Logo
Sijil halal wajar dilihat sebagai nilai tambah dalam menarik pelancong dan pengguna Muslim antarabangsa yang bergantung epada logo Halal Malaysia sebagai jaminan, menurut Presiden Samenta William Ng.
PETALING JAYA:

Tanggapan produk atau perniagaan milik orang Islam sudah ‘automatik halal’ dikenal pasti sebagai antara punca utama rendahnya penyertaan mereka dalam pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon.

Beliau berkata ramai usahawan Melayu Islam tidak melihat sijil halal sebagai keperluan mendesak kerana beranggapan pengguna sudah sedia mempercayai status halal perniagaan mereka.

“Sebaliknya, pengusaha bukan Islam lebih terdorong mendapatkan sijil halal kerana mereka sedar pengguna Muslim lebih yakin terhadap produk yang mempunyai pengiktirafan rasmi seperti sijil halal Jakim,” katanya kepada FMT.

Norsyahrin mengulas kenyataan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Mohd Sabirin…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version