

Kebanyakan rakyat Malaysia bersetuju negara memerlukan sistem pengurusan sisa yang lebih baik, namun sokongan itu sering berkurangan apabila kemudahan berkenaan dicadangkan berhampiran kawasan kediaman mereka.
Sikap itu dikenali sebagai NIMBY, singkatan bagi “not in my backyard” atau “bukan di halaman belakang saya”, yang merujuk bantahan penduduk terhadap sesuatu pembangunan di kawasan mereka atas kebimbangan mengenai pencemaran, kesesakan lalu lintas atau keselamatan.
Ini berlaku walaupun mereka mengakui kemudahan berkenaan diperlukan dan boleh dibangunkan di lokasi lain.
Pakar kejuruteraan alam sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Marfiah Wahid berkata kebimbangan itu banyak dipengaruhi pengalaman lalu dengan kemudahan pengurusan sisa, termasuk masalah…