Ia juga menasihatkan agar aktiviti yang mendedahkan kanak-kanak kepada keadaan cuaca panas dapat dipantau.

KUALA LUMPUR: Semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) perlu menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah sekiranya cuaca terlalu panas.
Kemas dalam kenyataan semalam, memaklumkan ia juga perlu memantau aktiviti yang boleh mendedahkan kanak-kanak kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas, selain mengehadkan aktiviti fizikal lasak semasa cuaca panas kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit akibat cuaca panas.
Ia berkata, tadika dan taska juga perlu memastikan bekalan air bersih mencukupi dan menggalakkan kanak-kanak membawa air minuman sendiri serta menggalakkan kanak-kanak mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi…
