Anwar Ibrahim berkata projek pembangunan di ibu negara perlu dipastikan mampu membantu rakyat berpendapatan rendah.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata penangguhan pewartaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) adalah bagi memastikan ia mengikut kerangka kerajaan perpaduan berlandaskan konsep Malaysia Madani.
Beliau berkata, projek pembangunan di ibu negara itu juga perlu dipastikan mampu membantu rakyat berpendapatan rendah.
“Ada tauke-tauke besar marah saya, saya bekukan sebab mahu kelulusan ikut kerangka pemikiran baharu kita…kalau kamu buat projek besar dengan untungnya beratus juta atau berbilion, silakan tetapi mesti ada projek yang kamu lakukan itu membantu kalangan yang berpendapatan rendah. Kerajaan tidak mampu nak belanja keseluruhannya untuk rakyat berpendapatan…
