
PUTRAJAYA: Kerajaan dan ejennya terikat dengan tanggungjawab untuk mendedahkan kewujudan titah diraja yang didakwa membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.
Dalam permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuannya bagi kebenaran memulakan semakan kehakiman, peguam Shafee Abdullah berkata Najib tidak mempunyai tanggungjawab untuk berbuat demikian tetapi bertindak dengan sewajarnya bagi mendapatkan bukti tersebut.
“Ini tugas kerajaan, terutama bekas peguam negara (Ahmad Terrirudin Salleh), untuk menampilkan perintah adedum tersebut,” kata Shafee, sambil menambah bahawa adedum itu dihantar oleh istana kepada bekas peguam negara ketika ia…