
KUALA SELANGOR: Sebagai peniaga di Tanjong Karang, Azhar Arifin biasa melihat kawasan itu meriah setiap kali tibanya pilihan raya, tetapi kali ini keadaan sebaliknya.
“Suasana di sini suram. Seolah-olah semangat itu pudar dalam kalangan jentera Barisan Nasional (BN) kerana Noh Omar tidak bertanding,” katanya kepada FMT.
Azhar, 60 berkata, tidak banyak sepanduk dan bendera gabungan itu di kawasan yang dianggap antara benteng terakhir BN di Selangor.
Pada pilihan raya umum (PRU) 2018, BN hanya memenangi dua daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor, iaitu Sabak Bernam dan Tanjong Karang. Bagaimanapun, Fasiah Fakeh yang memenangi kerusi Sabak Bernam atas tiket BN, kemudiannya keluar Umno dan menyertai Bersatu.
Noh yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang dan pengerusi BN Selangor digugurkan dalam senarai calon PRU15.
Azhar tidak gembira dengan keputusan BN…