Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tapak baharu kuil akan diwarta untuk kegunaan kekal, kata Saravanan

today25 March 2025

Background


Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman
Pelan memindahkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman untuk memberi laluan kepada pembinaan masjid mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai.

PETALING JAYA: Lokasi baharu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman akan diwartakan untuk kegunaan kekalnya, kata Timbalan Presiden MIC M Saravanan.

Awal hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa berkata, kuil Hindu berusia 130 tahun itu, yang kini terletak di sisip Jalan Masjid India, akan dipindahkan 50m dari lokasi asalnya, untuk memberi ruang kepada pembinaan masjid.

Katanya, jawatankuasa kuil telah bersetuju dengan penempatan semula ke tapak baharu berkeluasan 4,000 kaki persegi, sama seperti premis sedia ada.

“(Tanah itu akan) diwartakan untuk kegunaan kekal kuil. Itulah jaminan yang telah diberikan (kepada jawatankuasa kuil),” kata Saravanan kepada FMT.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tapah itu berkata, belum ada butiran lanjut berhubung perkara itu dimaklumkan.

“Kita akan dapat tahu nanti,” katanya.

FMT juga telah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Elill Easwaran


Previous post