
Pelaksanaan tarif elektrik baharu di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula esok, dengan kadar purata tarif asas diselaraskan kepada 39.70 sen bagi setiap kilowatt jam (kWj) berbanding 34.52 sen/kWj sebelum ini.
Berdasarkan makluman grafik daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity), sebanyak 85% pengguna domestik dengan penggunaan elektrik hingga 600kWj sebulan, akan mengalami kenaikan bil minimum antara RM0 hingga RM27, bergantung kepada jumlah penggunaan.
Bagi pengguna komersial kecil, blok penggunaan elektrik yang dilindungi diteruskan hingga 500 kWj sebulan, dengan kenaikan bil minimum dihadkan antara RM0 hingga RM24, termasuk bagi kedai runcit dan perniagaan kecil.
Selain itu, pelbagai bentuk rebat dan diskaun disediakan bagi mengurangkan impak pelaksanaan tarif baharu termasuk…