
PETALING JAYA: Menteri-menteri ekonomi Asean mencapai kata sepakat untuk meneruskan hubungan dan strategi bilateral dengan Amerika Syarikat (AS), namun tetap mencari penyelesaian terbaik dalam menghadapi pelaksanaan tarif import, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata komitmen itu dinyatakan dalam mesyuarat khas Menteri-menteri Ekonomi Asean bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) Tengku Zafrul Aziz.
“Sekurang-kurangnya suara kita adalah suara ekonomi besar kerana Asean adalah antaranya rantau paling aman di dunia dan rantau yang memacu pertumbuhan ekonomi yang paling pesat di dunia.
“Dengan ada dua kekuatan itu, tak mungkin mana-mana kuasa besar dunia boleh meremehkan kekuatan kita dan meminggirkan kita,” katanya pada perhimpunan bulanan…