
Menteri Luar Mohamad Hasan hari ini mengkritik tindakan menjadikan tarif sebagai senjata, menegaskan bahawa perdagangan bebas tidak sewajarnya digunakan sebagai alat untuk menindas negara lain, susulan ancaman tarif terbaru oleh Amerika Syarikat (AS).
Mohamad yang juga dikenali sebagai Tok Mat berkata, Malaysia sudah lama tidak lagi berdagang dengan Iran disebabkan sekatan yang dikenakan oleh AS.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah terbaru Presiden AS Donald Trump untuk mengenakan tarif 25% ke atas negara-negara yang berurusan dengan Iran.
“Walaupun itu hak prerogatif mereka (kerajaan AS), ia juga bersifat punitif (menghukum),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia.
Tambahnya, Malaysia juga tidak terlepas daripada langkah perdagangan…