
PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengancam untuk menyaman Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng dan sebuah akhbar harian tempatan berhubung laporan yang dikatakan mengandungi dakwaan palsu terhadapnya.
Menurut Lim, Tan berkata dalam laporan The Star bahawa Lim “tidak berani menafikan” dakwaan bahawa beliau telah meminta SJK(C) Kuek Ho Yao menukar namanya sebagai syarat untuk mendapat peruntukan RM4 juta semasa menjadi Menteri Kewangan.
“Ini adalah palsu dan tidak benar,” kata Lim dalam kenyataan hari ini, dengan memberi Tan dan The Star tempoh 24 jam untuk menarik balik laporan itu serta memohon maaf.
Sementara itu, Lim turut membidas Presiden MCA Wee Ka Siong kerana mencabarnya untuk berdebat mengenai pendidikan aliran Cina dan SJK(C) Kuek Ho Yao, bukan dengan Ahli…