
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menarik balik pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepadanya.
Beliau berkata, amalan nepotisme yang didakwa berlaku dalam PKR tidak boleh diheret sama ke dalam pentadbiran kerajaan kerana ia boleh merosakkan imej.
Katanya, pelantikan itu juga tidak wajar, salah, malah bertentangan sama sekali dengan amalan tadbir urus baik, berintegriti dan bebas rasuah.
“Amalan nepotisme oleh Anwar, yang melantik anaknya sendiri, Nurul Izzah, sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri adalah pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.
“Nepotisme dalam PKR tidak boleh diheret sama ke dalam pentadbiran kerajaan. ‘Walk the talk please’,” katanya dalam…