Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tarik rambut, goncang kepala budak di taska, wanita ditahan

today6 September 2026

Background


Tular tindakan seorang wanita menarik rambut lalu menggoncang kepala kanak-kanak berusia dua tahun, di sebuah taska, di Kuantan.
PETALING JAYA:

Wanita ditahan kerana disyaki mengasari kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan dengan cara menarik rambut dan menggoncang kepala, dalam kejadian di taska, dekat Bukit Setongkol, Kuantan.

Ketua Polis Kuantan Ashari Abu Samah, berkata pihaknya menerima laporan berhubung video tular di media sosial, yang memaparkan kejadian itu kira-kira 10.34 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 11 Ogos dengan rakaman video tersebut memaparkan mangsa dimarahi, ditarik rambut, dan digoncang kepalanya oleh seorang wanita yang juga kakitangan taska berkenaan.

“Susulan laporan yang diterima, pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut dan menahan seorang wanita berusia 31 tahun bagi membantu siasatan. Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok,” katanya menurut Bernama.

Ashari berkata, mangsa dibawa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Latihan singkat tidak halang UPM raih emas SUKIPT

Kajang: Tempoh persiapan yang singkat tidak menghalang Universiti Putra Malaysia (UPM) menamatkan dominasi Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) apabila menewaskan juara bertahan itu 48-43 pada final bola jaring Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 di Arena Sukan, UNITEN, hari ini.

today6 September 2026