
KAPAR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mendakwa kerajaan perpaduan sebenarnya ditadbir “bukan Melayu” susulan tiada rayuan di mahkamah berhubung isu kalimah Allah.
Muhyiddin berkata, ketika menggalas tugas sebagai menteri dalam negeri, beliau mendakwa menerima tekanan daripada DAP untuk tidak mengemukakan rayuan.
“Semasa saya menjadi menteri dalam negeri di bawah kerajaan PH, saya menggesa mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenai hak wanita Sarawak menggunakan kalimah Allah.
“Di sebalik Anwar ada anggota parti DAP, saya tahu kerana sebelum ini kita didesak tidak akan rayu,” katanya dalam ceramah jelajah Perikatan Nasional di Kapar.
Pada 23 Mei lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tindakan kerajaan menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung penggunaan kalimah Allah bertujuan untuk…