Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tarikh luput Vaksin Covid-19 dipanjangkan, kata Noor Hisham

today10 January 2023

Background



Dr Noor Hisham Abdullah berkata tarikh luput vaksin Covid-19 dipanjangkan dalam enam bulan ke setahun daripada tarikh luput yang dicetak pada botol vaksin.

PUTRAJAYA: Tarikh luput vaksin Covid-19 yang digunakan di negara ini telah dipanjangkan tempohnya susulan penemuan data baharu mengenai kestabilan vaksin itu oleh syarikat pengeluar, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Bila NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara) memberi kelulusan bersyarat, ada rolling submission seperti data-data terkini diberikan, kita lihat vaksin tersebut lebih stabil.

“Jadi (tarikh luput) vaksin itu kami panjangkan walaupun pada botol dah kata luput, kami panjangkan dalam enam bulan ke setahun bergantung pada data kestabilan yang kami terima dari syarikat (pengeluar),” katanya pada Sesi Libat Urus Menteri Kesihatan Bersama Media di sini hari ini.

Pada Nov lepas, Noor Hisham dilaporkan berkata NPRA meluluskan permohonan melanjutkan tempoh luput bagi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post