
PEKAN: Laporan yang mengandungi penambahbaikan di Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, di sini telah siap dan akan dihantar kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (Unesco) di Paris pada masa terdekat.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan berkata laporan berkenaan akan dihantar sendiri oleh kerajaan negeri yang akan diwakili Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang Mohd Sharkar Shamsudin.
“Saya difahamkan kerajaan Pahang telah siap buat laporan terkini dan akan dihantar sendiri ke pejabat Unesco di Paris yang uruskan perkara ini.
“Kita yakin status Unesco kepada Tasik Chini tidak terjejas dan kita akan berikan penjelasan seperti yang diperlukan oleh pihak mereka,” katanya kepada pemberita selepas…