Site icon Hot FM

Taska dakwa premis berdaftar, bapa bayi maut di pusat asuhan rasa tertipu


Anak perempuan Faizul Ali Adam berusia dua bulan meninggal dunia di sebuah taska, minggu lalu.

PETALING JAYA: Seorang bapa yang anaknya meninggal dunia ketika dalam jagaan sebuah taska di Kota Damansara minggu lalu, terkejut apabila mengetahui premis berkenaan sebenarnya tidak berdaftar.

Faizul Ali Adam, 33, berkata beliau mengetahui perkara itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas kematian bayi perempuannya, Qaseh Aulia Faizul yang baru berusia dua bulan.

“Kami menghantar anak sulung ke taska sama. Kami tanya sama ada mereka berdaftar, dan mereka beritahu ya,” katanya kepada FMT dengan menambah beliau rasa “tertipu” dengan pusat asuhan berkenaan.

Faizul yang juga jurutera mendakwa pegawai penyiasat polis memaklumkan tiada rekod pusat asuhan kanak-kanak itu dalam pangkalan data JKM.

Qaseh meninggal dunia ketika dalam jagaan taska itu pada Selasa lalu, iaitu hari keduanya di situ.

Faizul berkata beliau dan isteri, Maisarah Rosli, 33, kecewa dengan cara…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version