
KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya di mana seorang bayi berusia dua bulan meninggal dunia pada Selasa lepas, tidak berdaftar.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu berkata siasatan awal mendapati taska berkenaan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-kanak, iaitu mengendalikan suatu taska tidak berdaftar.
“JKM akan hantar notis pemberitahuan tindakan lak atau sita dan selepas 21 hari, sekiranya taska tersebut tidak mengemukakan bukti atau perakuan pendaftaran, maka tindakan lanjut ialah seperti kompaun atau tindakan pendakwaan berlandaskan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas Jerayawara Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Universiti Malaya.
Semalam, media melaporkan seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut dipercayai ketika berada di bawah jagaan…
