
PETALING JAYA: Tentera udara meneruskan misi bantuan kemanusiaan dan bencana ke Legazpi City di wilayah Bicol, Filipina, yang terjejas akibat Taufan Kristine dengan membawa 1.3 tan kanvas terpal untuk digunakan sebagai khemah sementara
Pihak tentera udara berkata, misi hari kedua itu membabitkan penerbangan helikopter EC 725 AP menerusi Pangkalan Udara Villamor di Bandar Pasay ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol.
Menurutnya, misi berjalan lancar pada sebelah pagi berikutan cuaca baik namun jarak penglihatan kemudian terjejas akibat jerebu dan angin kencang.
“Walaupun berdepan dengan cabaran tersebut, kemahiran dan pengalaman kru EC 725 AP membolehkan misi diselesaikan dengan jayanya,” kata tentera udara, lapor Bernama.
Penerbangan dikendalikan oleh Mejar Aslam Hariri bersama pembantu juruterbang Kapten Fikry dengan dibantu seorang ‘quartermaster’…