Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan tauliah mengajar Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di negeri ini ditarik balik.
Ia susulan keputusan yang dibuat berdasarkan kuasa Jawatankuasa mengikut subseksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibaca bersama perenggan 17(d) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.
Memetik laporan Berita Harian, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah Bil.1/2024 pada 24 Julai 2024.
“Surat penarikan dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah MAIS pada 31 Julai 2024 dan Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid diberikan tempoh 14 hari untuk merayu berkuatkuasa daripada surat penarikan tauliah diterima.
“Keputusan penarikan tauliah mengajar Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dibuat berdasarkan kuasa Jawatankuasa mengikut subseksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibaca bersama perenggan 17(d) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008,” katanya kepada pemberita.
ARTIKEL BERKAITAN:JAIS Arahkan Ustaz Don Tidak Bersiaran Di Stesen Radio
ARTIKEL BERKAITAN:Ceramah Ustaz Don Di Seluruh Selangor Ditangguhkan?
Terdahulu, media melaporkan Ustaz Don diberi tempoh selama 14 hari bagi memberi kenyataan bertulis bertujuan agar penggantungan atau penarikan semula tauliah oleh jawatankuasa tidak dilaksanakan terhadap penceramah berkenaan.
Sebelum ini, nama penceramah popular itu mula menuai perhatian selepas dia memberikan agar penggantungan atau penarikan semula tauliah oleh jawatankuasa tidak dilaksanakan terhadap penceramah berkenaan.
Sumber: Berita Harian